Syor untuk mewujudkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang baharu sepatutnya tidak dibangkitkan.<br /><br />Malah, ia seakan-akan satu bentuk tindakan untuk membatalkan perjanjian yang telah dipersetujui antara Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia.<br /><br />Tegas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, rundingan antara kerajaan negeri dan pusat ketika ini sedang berlangsung dengan baik dan tiada keperluan mewujudkan perjanjian yang baharu.